KUALA LUMPUR: Ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkumpul di hadapan bangunan Parlimen pada Selasa untuk membantah penempatan baharu Mahkamah Perusahaan. Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid ketika ditemui di luar Parlimen berkata, anggota kongres itu hadir bagi menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada seorang wakil daripada Kementerian Sumber Manusia. "Kami membantah kerana lokasi yang dicadangkan adalah tidak sesuai sama sekali. "Para pekerja terdiri daripada mereka yang berada dalam kelas rendah dan sederhana. Tempat ini (lokasi baru), sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam. "Jadi kami mencadangkan supaya ia tidak dipindahkan atau berpindah ke bangunan Dayabumi di KL atau bangunan Bank Rakyat di Brickfields," katanya. Mahkamah Perusahaan kini terletak di Jalan Makhamah Persekutuan dan dijangka dipindahkan ke Wisma Perkeso di Jalan Tun Razak.