suria

Tun M Telah Tunjukkan Sifat 'Tidak Ikhlas' - Nur Jazlan

Datuk Nur Jazlan Mohamad
KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengutuk Barisan Nasional (BN) dengan jangkaan parti itu akan kalah dalam pilihan raya akan datang, sebenarnya mencerminkan sifat tidak ikhlas dirinya sendiri, kata Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen Selasa, timbalan menteri dalam negeri berkata Dr Mahathir tidak ikhlas berjuang dalam Umno.


"Sekarang dia kata dia mahu BN kalah dalam pilihan raya kecil. Itu menunjukkan sifat tidak ikhlasnya.

"Akhirnya, pada usia 90 lebih, dia telah menunjukkan sifat tidak ikhlas sebenar dirinya dalam perjuangan Umno," katanya.

Nur Jazlan berkata Umno pernah menghormati Dr Mahathir sebagai pemimpin.

"Kami pernah menghormatinya sebagai pemimpin parti, selama 22 tahun sebagai perdana menteri," katanya.

Ditanya mengenai surat lapan halaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Dr Mahathir, Nur Jazlan berkata, Anwar lebih tahu tentang apa yang dikatakannya

"Saya rasa Anwar, yang menjadi mangsa Tun Mahathir beberapa tahun lalu, tahu apa yang dia lakukan. Dia lebih tahu," katanya.

Pada Ahad, Dr Mahathir menggesa gabungan usaha dilakukan untuk mengalahkan BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Artikel Lain