Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid juga memerintahkan Norbibah Shamsudin, 60, dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda itu.
Wanita itu yang tidak bekerja didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan kepada anggota polis itu di hadapan kedai buah di Jalan Sultan, Dang Wangi, di sini pada 8.50 malam, 18 Mei lepas.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda, atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang hadir ke mahkamah memakai baju kurung dan bertudung labuh berwarna biru, memohon hukuman ringan.