Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.
Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan itu.