suria

Malaysia Airlines Bakal Terima Dua Pesawat Tambahan A350

Gambar hiasan pesawat Airbus A350-900.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan AirLease Corporation (ALC) memeterai perjanjian pajakan 12 tahun bagi dua pesawat tambahan baharu jenis Airbus A350-900 yang akan dihantar menjelang 2018.

Ia susulan opsyen di bawah perjanjian pajakan sedia ada untuk empat pesawat A350-900 yang ditandatangani kedua-dua pihak pada September tahun lepas, kata MAB dalam satu kenyataan, Isnin.

"Tambahan dua pesawat baharu itu akan melengkapkan empat pesawat sedia adadan mencapai saiz pesawat diperlukan, membolehkan pesawat menjalani jadua lpenyelenggaraan yang ditetapkan serta usaha pengembangan pada masa depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller.

Pesawat yang dipacu dua enjin Trent XWB-84 Rolls Royce itu adalah di bawah tempahan ALC dengan pihak Airbus.

"Kelebihan teknologi dan inovatifnya menjadikan pesawat ini istimewa dari segi keselesaan selain memberi pengalaman baharu kepada perkhidmatan yang kami tawarkan. Ini berikutan kemampuannya melakukan penerbangan tanpa henti dari Kuala Lumpur ke London serta serata Asia," katanya. -Bernama

Malaysia Airlines, Pesawat A350

Artikel Lain