Pengarah Pendidikan Negeri Shaari Othman berkata sekolah tersebut pada masa ini ditempatkan di sekeping tanah milik sebuah gereja yang meminta tanah mereka dikembalikan menjelang 2018.
Kebanyakan ibu bapa bimbang proses pemindahan sekolah itu tidak dapat disempurnakan mengikut jadual.
Namun, anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang juga alumni sekolah tersebut memberi jaminan tidak ada yang perlu dibimbangkan oleh kerana kementerian berkenaan berjanji menyiapkan tempat baharu mengikut jadual.