suria

Polis Dan Anak Perempuan Maut Insiden Langgar Lari

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis dan anak perempuannya terbunuh dalam perjalanan ke tempat kerja apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah Perodua Myvi di jalan Tuaran, kira-kira 20 kilometer dari sini.

Ketika kejadian, Sarjan Mejar Ahmad Ali Towpa, 53, seorang anggota Pasukan Gerakan Am sedang dalam perjalanan untuk menghantar anak perempuannya, Shanur Amiera Ahmad, 24, ke tempat kerja berdekatan Sepanggar.

Insiden berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi, Jumaat.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu Myvi berusia 32 tahun, yang melarikan diri tanpa sebarang kecederaan melarikan diri tempat kejadian.

Namun individu berkenaan kemudiannya menyerah diri kepada polis.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan awal mendapati pemandu Myvi mungkin bersalah kerana dia telah terbabas ke laluan mangsa.

"Ahmad dan Shanur tercampak dari motosikal dan mengalami kecederaan parah di kepala.

"Suspek melarikan diri tetapi kemudian menyerah diri di balai polis," katanya, sambil menambah bahawa lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan.

Langgar Lari

Artikel Berikut

Artikel Lain