SEKINCHAN: Seperti yang diramalkan, Parti Amanah Negara (Amanah) menamakan guru agama yang kini menjadi seorang ahli perniagaan, Azhar Abdul Shukur sebagai calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. Bapa berusia 51 tahun itu diperkenalkan sebagai calon Pakatan Harapan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Dewan Sri Sekinchan di sini pada Rabu malam. Azhar yang juga Ketua Amanah Sungai Besar berkahwin dengan Noradzimah Hassanuddin, 41, juga menjalankan perniagaan sendiri. Azhar adalah anak kepada ahli politik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Shukur Siraj. Abdul Shukur pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burung selama dua penggal dan Ahli Parlimen Tanjong Karang selama satu penggal.