Beliau berkata pesawat berkenaan menggunakan teknologi yang canggih dan terkini dalam TUDM dan dilihat mampu memenuhi keperluan pengangkutan angkatan TUDM dalam memperkasakan sistem pertahanan udara negara.
"Ini merupakan pesawat ketiga daripada empat pesawat yang dibeli pada Disember 2005, yang pertama telah diterima pada 9 Mac tahun lalu dan yang kedua pada 14 Jan lepas," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan pemeriksaan perbarisan terdiri daripada 27 pegawai serta 625 anggota lain-lain pangkat bersempena Hari Ulang Tahun ke-58 TUDM di Pangkalan Udara Kuantan di sini, Rabu.
"Ia merupakan pesawat ringan yang akan digunakan bagi memantapkan keupayaan melatih dan menghasilkan bakal pelapis juruterbang pesawat tempur negara yang berkemahiran tinggi," katanya.
Beliau turut menggariskan empat langkah yang perlu diberi keutamaan dalam menjadikan pasukan TUDM ke aras yang cemerlang dan tinggi.
Empat langkah itu adalah pelaksanaan dan pelan tindakan; maklum balas dan penguatkuasaan; kepimpinan dan tadbir urus; serta menjaga dan mengendalikan kebajikan pegawai.