suria

Gempa Kuat Di Sumatera, Tiada Ancaman Tsunami Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata gempa kuat 6.5 magnitud berlaku di selatan Sumatera, 178 kilometer (km) dari selatan Solok, Indonesia dan 532 km dari barat daya Batu Pahat, Johor.

Mengikut laporan di laman web yang dikemas kini jam 7.16 pagi Khamis, gempa itu berlaku jam 6.56 pagi Khamis pada kedudukan koordinat 2.4 Selatan dan 100.6 Timur.

"Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami di Malaysia. Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan gempa bumi ini melainkan jika ada perkembangan lanjut atau maklumat tambahan," kata kenyataan itu.


gempa bumi, Sumatera, MetMalaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

TPM Ziarah Jenazah Menantu

Artikel Lain