suria

Kempen Mari Beramal PWTC Ringankan Beban Rumah Kebajikan

PETALING JAYA: Pihak pengurusan PWTC telah menganjurkan  Kempen Mari Beramal Bersama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mengumpulkan sumbangan dan bantuan dalam bentuk makanan serta minuman.

Kempen bermula awal Mei ini adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PWTC ini bertujuan meringankan beban pengetua rumah dan pertubuhan kebajikan yang menempatkan orang tua dan anak yatim sempena Ramadan.

PWTC berjaya mengumpul sejumlah besar barang makanan seperti beras, gula, susu, biskut, minyak masak serta pelbagai lagi keperluan makanan daripada warga kerja PWTC, badan-badan korporat dan individu yang ingin menghulurkan bantuan dan melakukan amal jariah.

Pengurusan PWTC yang diwakili Pengurus Besar Operasi, Zalidi Rahim telah mengagihkan sumbangan tersebut kepada empat rumah kebajikan.

Ia melibatkan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhlas di Puchong; Rumah Kasih Harmoni di Sungai Buloh; Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha di Batu Caves dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati.

Kempen Mari Beramal Bersama PWTC masih diteruskan dan pihak pengurusan PWTC berharap dapat mengumpulkan lebih banyak lagi sumbangan dan bantuan kepada anak-anak yatim dan miskin untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pengagihan sumbangan untuk kali kedua akan dijalankan pada  Ramadan.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Pemasaran, PWTC ditalian 03-2614 6386 atau email kepada [email protected].


PWTC, CSR, Zalidi Rahim, Ramadan

Artikel Lain