suria

UAE Bebaskan 1,010 Banduan Sempena Ramadan

PRESIDEN Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shaikh Khalifa Zayed Al Nahyan membebaskan 1,010 banduan yang menjalani penjara akibat pelbagai kesalahan jenayah.

Semua bantuan terlibat didapati layak untuk dibebaskan kerana berkelakuan baik.

Pengumuman untuk membebaskan banduan ini dibuat sempena kedatangan Ramadan minggu depan.

Menurut pejabat Presiden berkenaan, ia adalah antara tindakan kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada golongan itu.

"Banduan berkenaan kini boleh memulakan hidup baru dan bergembira bersama keluarga," katanya.

Ramadan, UAE, banduan

Artikel Berikut

Artikel Lain