BERIKUT adalah perkembangan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang berlangsung di Dewan Seri Bernam pada Ahad:
10.30 pagi: Mohd Khairuddin mengumumkan saingan tiga penjuru di PRK Sungai Besar antara calon BN, PAS, dan Amanah.
10.00 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan tempoh penyerahan kertas penamaan calon telah tamat.
9.20 pagi: Azmin Ali , Dr Wan Azizah bertemu pimpinan tertinggi BN, PAS.
9.03 pagi: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali muncul di pusat penamaan calon. Beliau kemudian bersarapan bersama pimpinan Pakatan Harapan.
9.00 pagi: Calon PAS, Dr Abdul Rani memasuki perkarangan dewan penamaan calon bersama Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustapa Ali
8.55 pagi: Calon Amanah berkunjung ke khemah menunggu calon BN. Mereka beramah mesra bersama TPM dan Budiman.
8.48 pagi: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkunjung ke khemah menunggu calon BN untuk beramah mesra.
8.45 pagi: Calon Amanah, Azhar Abdul Syukur masuk ke pusat penamaan calon bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
8.35 pagi: Penyokong Amanah dan PAS tiba di pusat penamaan calon.
8.32 pagi: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memasuki Dewan Seri Bernam bersama calon BN Budiman Mohd Zohdi.
8.30 pagi: Kumpulan penyokong BN tiba di pusat penamaan calon.
8.25 pagi: Kumpulan penyokong Amanah mula bergerak menuju pusat penamaan calon.
8.20 pagi: Kumpulan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon.
8.00 pagi: Semakin ramai petugas media memenuhi bahagian luar dan dalam pusat penamaan calon untuk membuat liputan.
7.45 pagi: Kumpulan penyokong BN, PAS dan Pakatan Harapan mula berkumpul di 'checkpoint' masing-masing.
7.20 pagi: Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mula mengambil tempat masing-masing selepas diberikan taklimat khas.
7 pagi: Kumpulan pegawai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba di pusat penamaan calon di Dewan Seri Bernam.
6 pagi: Petugas keselamatan mula mengawal sekitar kawasan pekan Sungai Besar. Beberapa jalan ditutup.