PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin. Pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam Ahad. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).