suria

Ular Sawa Dua Meter Dalam Reban Ayam

KOTA KINABALU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya menangkap seekor ular sawa yang ditemui membaham ayam di sebuah reban di Sandakan, Isnin.

Ular sepanjang dua meter itu memasuki reban ayam di Taman Mawar, dekat sini, pada kira-kira pukul 8 pagi.

Kejadian disedari oleh pemilik rumah yang berusia 30 tahun.

Pegawai JPAM Sandakan, Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, lima anggota dihantar ke lokasi sepas menerima panggilan daripada pemilik rumah.

"Kita mengambil masa kurang 10 minit untuk membawa keluar ular dari reban sebelum membebaskannya di hutan berdekatan," katanya.

Beliau berkata, ular berkenaan seberat 10 kilogram itu tidak agresif ketika ia ditangkap.

JPAM, ular sawa

Artikel Lain