PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan zakat Kumpulan Felda bagi tahun 2015 berjumlah RM16.38 juta kepada13 Pusat Zakat Negeri. Najib menyerahkan bayaran itu kepada wakil pusat-pusat tersebut yang antara lain terdiri daripada menteri besar, ketua menteri dan anggota exco kerajaan negeri di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini, Rabu malam. Hadir sama ialah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; Presiden danCEO Felda Global Ventures Holdings Berhad, Datuk Zakaria Arshad; Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada. Sebelum itu, Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbuka puasa bersama 2,000 tetamu termasuk anggota kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, wakil-wakil Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), duta dan ketua perwakilan asing, pengurusan Kumpulan Felda dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam;Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Ketua Polis Negara, Tan Sri KhalidAbu Bakar; dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin. Pada majlis itu, Najib dan Rosmah juga menyampaikan sumbangan kepada 100 anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi; Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting; dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim/Miskin, Klang. Najib dan Rosmah kemudian bersama tetamu menunaikan solat sunat Tarawih. -Bernama