suria

Tiada Permit, Ceramah Amanah Diarah Tamat Awal

Ng sedang berbincang dengan salah seorang pegawai SPR.

SEKINCHAN: Ceramah Pakatan Harapan pada malam Selasa diarahkan supaya ditamatkan lebih awal selepas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati ia diadakan tanpa permit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim berkata, berlaku kesilapan dari segi komunikasi apabila jentera kempen Parti Amanah Negara (Amanah) menganggap permit tidak perlu dipohon untuk mengadakan ceramah berkelompok.

“Kita kesal dengan apa yang berlaku, tetapi tetap menghormati arahan pegawai SPR yang meminta kami menamatkan ceramah ini lebih awal,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut yang bermula kira-kira pukul 10.30 malam Selasa.

Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Parit Lima, Kampung Penerangan di sini dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, calon Amanah, Azhar Ab Shukur dan Suee Lim.

Bagaimanapun, barisan pemimpin berkenaan diberi peluang berucap pendek sebelum dewan dikosongkan lebih kurang pukul 11 malam.
ceramah Amanah, PRK Sungai Besar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain