suria

Umno Bahagian Alor Setar Agih 1,500 Bubur Lambuk, Air Halia

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Seperti kebiasaan sejak 20 tahun lepas, Umno Bahagian Alor Setar akan mengagihkan bubur lambuk dan air halia kepada orang ramai sempena bulan Ramadan.

Bubur lambuk itu mula diagihkan bermula pada Rabu sehingga 4 Julai ini yang mana orang ramai boleh mendapatkan bubur berkenaan setiap hari di Padang Taman Wira Blok A Mergong di sini mulai pukul 4.00 petang.

Setiap hari sebanyak 10 periuk besar bubur lambuk dan air halia dimasak dan sebanyak 1,500 bungkusan diedar setiap hari.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata tugas memasak itu dilakukan secara sukarela oleh anggota Umno Bahagian dan penduduk sekitar.

"Sejak diperkenalkan pada 1995, bubur lambuk dan air halia itu sudah dikenali ramai orang dan dalam masa yang singkat kesemua bungkusan tersebut habis diedarkan," katanya dalam kenyataan Rabu.

Katanya pemberian bubur lambuk itu adalah sebagai sumbangan kepada orang ramai sempena bulan yang penuh rahmat ini.- BERNAMA

Artikel Lain