suria

Proton Tawar Pemeriksaan Percuma, Ansuran Saga Serendah RM367

SUBANG JAYA: Sempena sambutan perayaan, Proton Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Proton Edar Sdn Bhd akan menjalankan pemeriksaan keselamatan percuma untuk pemilik kereta Proton di semua pusat servis yang sah di seluruh negara.

Selain itu, pelanggan yang berminat untuk membeli kereta-kereta baharu terutamanya pada musim perayaan ini akan menikmati penjimatan sehingga RM3,000 bagi model-model 2016 yang terpilih, dengan ansuran bulanan serendah RM367 untuk Proton Saga.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Rohime Shafie berkata, kempen tersebut sebahagian daripada langkah untuk menggalakkan kesedaran keselamatan kenderaan untuk pelanggannya. 

"Inisiatif ini juga adalah penting dalam menyokong seruan kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya sempena musim perayaan dan cuti sekolah.

“Pemeriksaan keselamatan ini merangkumi pemeriksaan sistem brek, suspensi, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan mencuci bilah," katanya.

Disamping itu, Proton juga turut menawarkan diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih seperti absorber, brek, klac dan tali sawat pemasaan.

Bagi warga kota yang tidak berkesempatan untuk menghantar kereta mereka bagi menjalani pemeriksaan, Proton akan berada di beberapa lokasi stesen minyak di seluruh negara seminggu sebelum menjelang Hari Raya.

 


Proton Saga, Aidilfitri

Artikel Berikut

Artikel Lain