suria

Banduan Lari Ketika Hendak Dibawa Ke Penjara

TAWAU: Seorang banduan melarikan diri petang semalam ketika dia hendak dibawa ke Penjara Tawau untuk mejalani hukuman.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata Faizal Iman, 36, berasal dari Kampung Aman Jaya, Semporna ketika itu hendak dimasukkan ke dalam trak di perkarangan bangunan Mahkamah Tawau.

"Dia baharu sahaja dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan,"  katanya dalam satu kenyataan.

Faizal memakai baju berwarna merun dan berseluar pendek warna coklat yang  banyak poket.

Beliau berkata pihak polis sedang mengesan banduan tersebut dan menyebarkan gambarnya.-- Bernama

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan