suria

Unimap Anjur Program Singgah Sahur

KANGAR: Sempena Ramadan, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuat kunjungan ukhuwah terhadap keluarga kakitangannya yang telah meninggal dunia.

Dalam program Singgah Sahur dan Jejak ukhuwah itu, POTENSI turut mengunjungi agensi keselamatan di Perlis yang bertugas 24 jam untuk mengucapkan terima kasih atas pengorbanan mereka menjaga keselamatan negara.

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata antara agensi keselamatan yang dikunjungi ialah Jabatan Pertahanan Awam Kangar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangar, pos-pos keselamatan UniMAP, pos-pos sempadan serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

"Kunjungan ke rumah keluarga kakitangan UniMAP yang meninggal dunia adalah tanda keprihatinan POTENSI terhadap keluarga berkenaan," katanya ketika melancarkan program tersebut, di sini, Ahad.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan dan Pendaftar UniMAP Zuber Mohamad.

Program kali ketiga itu bermula pukul 11 malam dan berakhir pukul 5 pagi disertai 20 ahli jawatankuasa POTENSI yang turut mengedar juadah bersahur kepada anggota-anggota agensi keselamatan, kata Zul Azhar. 

Unimap

Artikel Lain