suria

Muhyiddin, Mukhriz Sia-Siakan Peluang - Mohamad

SEREMBAN: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mensia-siakan peluang diberikan Umno untuk mereka kembali ke pangkal jalan, menjadi punca pemecatan dan penggantungan keanggotaan mereka pada Jumaat lepas.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata partimesti mengambil tindakan drastik kerana tidak mahu isu itu memecah-belahkan anggotanya.

"Sepatutnya lama dah kita (Umno) ambil tindakan tetapi kita bagi peluang danPresiden Datuk Seri Najib Tun Razak dah hulurkan tangan pada perhimpunan agung parti yang lepas untuk berbaik-baik semula, tetapi tangan yang dihulur tidak diterima dan saranan daripada parti untuk melihat kepimpinan bersatu semula pun tidak diendahkan.

"Jadi jangan salahkan pucuk pimpinan terutama MT untuk membuat keputusan sebulat suara yang memecat kedua-dua tokoh tersebut dan menggantung keahlian Shafie," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada anak yatim, warga emas dan penduduk kurang kemampuan Kampung Siliau Baru di Rantau dekat sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata sebagai anggota Umno dan pernah memegang jawatan tinggi dalam parti, ketiga-tiga mereka sepatutnya lebih faham akan peraturan parti.

"Adalah satu perkara yang amat tidak patut, yang amat tidak boleh diterima oleh parti kerana ahli parti duduk bersama-sama ahli pembangkang di atas satu platform yang sama untuk menjatuhkan parti dan kepimpinan parti seterusnya menjatuhkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Jempol yang juga Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berpandangan isu pemecatan kedua-duanya harus dilakukan lebih awal ekoran pembabitan mereka di pentas pembangkang bertujuan menjatuhkan presiden parti.

"Dalam parti mana sekali pun bila ada pemimpin bersama dengan partipembangkang secara terbuka pula mengkritik kerajaan ini satu perbuatan yang salah' katanya. Mohd Isa berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa rakyat kawasan Parlimen Jempol bersama-sama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Masjid Jamek Batu Kikir, Jempol pada Sabtu.

Sementara itu di KOTA KINABALU, Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu menyokongpenuh keputusan MT memecat Muhyiddin dan Mukhriz atas kesalahan disiplin serta penggantungan keanggotaan Mohd Shafie.

Ketuanya Mohd Bahrin Abd Karim berkata, keputusan MT Umno itu amat wajardemi menjaga keutuhan parti.

"Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu yakin tindakan disiplin termasuk memecatdan menggantung keahlian ahli Umno yang melanggar disiplin parti amat tepat danwajar supaya Umno terus teguh”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa pergerakan itu bersama pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah Masjid Bandaran Kota Kinabalu dan orang kurang upaya.

Mohd Bahrin berkata, sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap ahli Umno yang melanggar disiplin dan mensabotaj parti, ia akan melemahkan Umno yang merupakan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri. -Bernama

Mohamad Hasan

Artikel Lain