suria

Polis, Pemilik Kelab Nafi Dakwaan Serangan IS

SUBANG JAYA: Seorang lelaki warga Malaysia yang mendakwa dirinya militan Negara Islam (IS) telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong, tetapi dakwaan ini dinafikan oleh pihak polis dan pemilik outlet.

Lelaki yang menggunakan nama Abu Hamzah Al-Fateh di Facebook ini dengan bongkaknya berkata serangan itu adalah jawapan kepada cabaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar terhadap IS minggu lepas.

Satu lagi postingnya juga mendakwa bahawa letupan itu adalah serangan oleh dua militan yang menentang kelab yang dipenuhi orang-orang kafir atau kafir harbi sambil memberi amaran kepada umat Islam untuk mengelakkan tempat-tempat seperti itu supaya 'mereka tidak menjadi sasaran'.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, walaupun menyedari tentang posting itu, siasatan mereka lebih bersandar ke arah perbuatan balas dendam serta kumpulan pesaing perniagaan.

Abdul Rahim berkata, semua tanda-tanda menunjukkan ia sebagai satu kejadian berkaitan 'geng'.

"Restoran ini hampir ditutup apabila ia berlaku. Semua mangsa adalah pelanggan.

"Kami percaya penyerang melemparkan bom di restoran itu dari tepi jalan," katanya, sambil menambah polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup dari kawasan itu.

Abdul Rahim berkata polis percaya bom itu dibeli melalui pasaran gelap.

Pemilik Movida, Roger Hew juga menyiarkan di Facebooknya bahawa serangan itu kemungkinan besar adalah serangan peribadi ke atas pasangan yang meraikan ulang tahun mereka di kedai itu.

"Seorang saksi melihat dua lelaki melemparkan bahan letupan kepada pasangan terbabit.

"Ini adalah kes terpencil dan tidak dalam tanda-tanda ia adalah serangan agama, kepercayaan atau bangsa sebagai motif," kata beliau.

Dalam satu kenyataan rasmi, Movida berkata mereka juga telah mengadakan pemeriksaan menyeluruh di premis terjejas dan mengkaji rakaman semua kamera pengawasan.
Movida, serangan bom tangan, IS

Artikel Lain