PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertemu dan berbuka puasa bersama Duke of York, Putera Andrew, Rabu. Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Putera Andrew telah mengunjungi Kerabat Diraja Johor di Istana Bukit Serene. "Pertemuan diraja tersebut berlangsung di Istana Bukit Serene dan lebih menarik adalah Putera Andrew turut menyertai Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor bersama keluarga berbuka puasa bersama. "Kunjungan hormat Duke of York tersebut membincangkan hubungan diplomatik antara kerajaan Johor dan kerajaan British. Ini jelas menunjukkan betapa akrabnya hubungan yang terjalin antara kerajaan Great Britain dan Kesultanan Johor Darul Ta'zim," menurut posting itu, Khamis.