"Kami tidak akan mengadakan sebarang demonstrasi jalanan, tetapi saya fikir anda tidak harus memandang remeh reaksi spontan orang ramai," kata Guan Eng pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, Jumaat.
Guan Eng berkata beliau sangat terharu melihat orang ramai yang keluar untuk menyokongnya ketika pendakwaan terhadapnya dibuat Khamis.
Guan Eng juga berkata satu sesi taklimat awam akan diadakan pada pukul 10 pagi Ahad di Dewan Sri Pinang, George Town.
Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.