Dalam satu kenyataan kepada Bernama, PTPTN berkata ia masih dalam proses mengenalpasti punca kelewatan kemaskini rekod bayaran Foo.
Sebelum itu media melaporkan bahawa Foo, bekas pelajar bidang fotografi dari Segi College, Subang Jaya telah membuat bayaran penuh RM18,449.35 pada Mac tahun lepas.
Namun beliau disekat ke luar negara oleh Jabatan Imigresen kerana namanya masih dalam senarai hitam jabatan itu pada Mei lalu kerana dikatakan masih mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN lebih RM3,000.
"Sekiranya transaksi yang dibuat masih belum dikemaskini selepas 3 hari bekerja, aduan boleh dibuat secara online melalui ikon Aduan," kata PTPTN.
Perbadanan itu berkata, ia sentiasa berusaha mengurangkan kerenah birokrasi dengan membuka cawangan di seluruh negara.
PTPTN juga menyediakan perkhidmatan online melalui portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my