suria

12 Tengah Hari: Aliran Trafik Terkawal, Kenderaan Dijangka Meningkat Petang Ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar dan terkawal setakat 12 tengah hari Selasa.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Plus Malaysia Berhad, aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang berikutan pertambahan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri Rabu.

"Aliran trafik menghala ke utara terkawal namun bergerak perlahan di beberapa kawasan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur di kedua-dua hala bergerak lancar.

Plus, LLM, aliran trafik

Artikel Lain