suria

Sultan Johor Hadir Rumah Terbuka Di Kediaman Rasmi MB

Sultan Johor berkenan menghadiri majlis rumah terbuka di kediaman rasmi menteri besar.

JOHOR BARU: Beribu-ribu pengunjung membanjiri kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini untuk sambutan Hari Raya.

Hujan lebat sekejap-sekejap pada pagi Rabu tidak menghalang pengunjung dari menghadiri rumah terbuka dan menikmati juadah yang disajikan dengan hidangan tradisional seperti lemang dan ketupat,

Para tetamu turut gembira dengan kehadiran Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menyerikan rumah terbuka, dan turut berkesempatan bersantap dengan Mohamaed Khaled dan isteri, Datin Rosni Omar bersama pemimpin dan anggota exco negeri.

Mohamed Khaled menyambut tetamu di majlis rumah terbuka beliau pada Rabu.

Sultan Ibrahim yang memandu sendiri ke majlis itu tiba pada kira-kira pukul 11.20 pagi, disambut para pengunjung termasuk cucu perempuan Mohamed Khaled, Alya Akmal Saufi.

Pegawai khas kepada Menteri Besar, Datuk M. M. Samy berkata, keberangkatan Sultan Johor membuatkan majlis rumah terbuka lebih istimewa buat pengunjung yang datang dari jauh dan dekat.

"Suasana keriangan dan mesra mencerminkan perpaduan Johor dan sokongan kepada kepimpinan," katanya.

Artikel Lain