suria

Ahmad Bashah Pengerusikan Mesyuarat Khas Tangani Krisis Air

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mempengerusikan mesyuarat khas bagi menangani krisis bekalan air di Kedah pada Selasa ini.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Nahar Tajri berkata mesyuarat itu akan diadakan di Bilik Gerakan, Blok E, Wisma Darul Aman di sini.

"Mesyuarat berkenaan akan diadakan khas bagi membincangkan tindakan segera jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan kawasan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Nahar berkata kerajaan negeri akur dan menyedari isu air adalah antara beberapa isu penting yang menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat terutama pada musim perayaan ini.

"Justeru mesyuarat kali ini adalah amat penting yang akan dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar Kedah dan mungkin akan menghasilkan beberapa keputusan yang jelas untuk mengatasi krisis ini," katanya.

Air, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain