suria

Peti Keselamatan Dicuri, Barangan Bernilai RM200,000 Lesap

SUBANG JAYA: Seorang wanita kerugian hampir RM200,000 wang tunai dan beberapa barangan berharga yang lain setelah peti keselamatan miliknya di curi di kondominium berdekatan Bandar Sunway pada sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Lee Swee Meng berkata kejadian berlaku ketika mangsa berada di Sekinchan bersama keluarga manakala suaminya pula sedang menjalankan tugas di luar negara.

Menurut Supritendan Lee, mangsa yang meninggalkan rumah pada pukul 8.10 pagi dan kembali semula pada pukul 4.40 petang telah melihat pintu hadapan rumah terbuka.

Beliau berkata mangsa mendapati barang-barang di bilik tidur utama bertaburan dan peti keselamatann yang disimpan di dalam almari turut hilang.

Menerusi laporan polis, mangsa kehilangan barang berharga berjumlah RM204,400 termasuk wang asing berjumlah RM16,000, empat jam tangan mewah, dua jongkong emas bernilai RM15,000, barang kemas RM50,000 dan beberapa barang peribadi lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain