Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan pemantauan SKMM ke atas outlet media baharu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
"Adalah diharapkan pemantauan berterusan dan tindakan oleh SKMM dan lain-lain agensi akan membendung penyebaran ideologi oleh organisasi pengganas ini melalui media sosial," katanya kepada Bernama, Khamis.
Salleh berkata, kerjasama semua pihak adalah penting dan kerajaan ingin mendapatkan bantuan daripada orang awam untuk memaklumkan kepada SKMM jika mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini.
Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis juga sedang memantau rapi penerbitan Daesh dalam bahasa Melayu, dipercayai dikendalikan oleh pengikut kumpulan itu di Malaysia dan Indonesia.