suria

Tegas Menentang Kekejaman Pengganas - Najib

Serangan pengganas di Nice, Perancis pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak menggesa semua pihak supaya berpendirian tegas menentang kekejaman pengganas berikutan serangan terbaharu di selatan Perancis pada Khamis.

"Terkejut dengan serangan pengecut di Nice. Mesti bertegas terhadap kekejaman pengganas. Ingatan dan doa kami bersama-sama rakyat Perancis," katanya dalam tweet beliau.

Media antarabangsa melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh apabila seorang pengganas memandu sebuah trak merempuh orang ramai semasa sambutan Hari Bastille di Nice pada petang Khamis.

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian itu. -Bernama

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan