KERESAHAN penduduk Kampung Dendong, Batu Melintang, Jeli terhadap kelibat gajah liar yang sering merosakkan tanaman dan harta awam berakhir apabila masalah mereka berjaya diselesaikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Seekor daripada gajah liar itu berjaya ditangkap dan dipindahkan oleh Perhilitan. Ikuti laporan mStar Online.