Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Wisma Putra berkata Kedutaan Malaysia di Ankara telahpun berhubung dengan semua rakyat Malaysia di negara itu.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular berikutan cubaan rampasan kuasa itu boleh menghubungi kedutaan di talian +903124463547 atau +903124463548 atau menerusi e-mail di mwankara@kln.gov.my untuk mendapatkan maklumat," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar turut menyediakan talian hotline 24 jam 03-88874570 bagi orang ramai mendapatkan perkembangan terkini.
Kedutaan Turki di Malaysia hari ini mengulangi bahawa kerajaan Presiden Erdogan masih berkuasa.