CYBERJAYA: Polis merampas sebuah kenderaan menyerupai pelancar roket tentera mudah alih yang digunakan sebagai gimik untuk mempromosikan sebuah kafe di sini. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, anggota polis menerima maklumat mengenai kenderaan tersebut yang dilihat berkeliaran di kawasan ini kira-kira pukul 11.30 pagi, Selasa. Tambahnya, kenderaan yang ditahan di Jalan Semarak Api berhampiran University Multimedia itu telah di ubahsuai untuk menyerupai kenderaan tentera siap dilengkapi dengan dua pelancar roket. Beliau berkata polis menghampiri kenderaan itu dan mengarahkan ia berhenti sebelum menahan dua lelaki dan merampas kenderaan. ACP Abdul Aziz berkata, pemilik kenderaan itu mendakwa menggunakannya sebagai gimik untuk perniagaan kafe.