suria

PTPTN Kaji Pendekatan Potongan Gaji Peminjam Sektor Swasta, GLC

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mengkaji pendekatan sesuai potongan gaji bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan dalam kalangan pekerja sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah itu bertujuanmencapai sasaran mengutip balik pinjaman PTPTN sekurang-kurangnya RM5 bilion setiap tahun.

"Di sektor kerajaan, kita telah laksanakan potongan gaji bagi memudahkan penjawat awam yang meminjam PTPTN membuat pembayaran balik.

"Kita juga akan melihat bagaimana menggalakkan peminjam di sektor swasta dan GLC utk membuat pembayaran termasuk melalui potongan gaji," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Yayasan Global Mesra (YGM) di Pangsapuri Villa Putra di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan bahawa Skim Pinjaman Ujrah PTPTN bertujuan mengesan peminjam yang culas membayar balik pinjaman pendidikan itu.

Menurutnya PTPTN mempunyai sistem bagi mengesan peminjam culas manakala Ujrah bertujuan meringankan beban peminjam.

Pada majlis itu, YGM memberi sumbangan raya kepada 341 anak yatim danibu tunggal yang disampaikan Pengerusi Eksekutifnya Mohd Nasir Mohd Rashid sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu. -Bernama

PTPTN

Artikel Lain