suria

Kes Tembak Ejen Hartanah, Seorang Lagi Suspek Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pekerja kilang yang disyaki terlibat dalam kes seorang ejen hartanah wanita yang maut ditembak di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, 6 Julai lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mengesahkan perkara itu berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Tampoi, Johor pada Sabtu lalu.

"Suspek ini dalam tahanan reman sehingga Khamis ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

"Bagi tangkapan awal, lapan individu yang ditahan reman sehingga hari ini akan disambung reman bagi membantu siasatan," katanya.

Amar Singh berkata polis masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Pada hari kejadian, Datin Wong Siew Ling, 32, maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian kira-kira 2.30 petang.

Kes tembak, ejen hartanah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain