SUSULAN saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) terhadap 1Malaysia Development Bhd.(1MDB), Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sekali lagi menjelaskan Polis Diraja Malaysia tidak akan campur tangan dalam mana-mana kes yang melibatkan prosedur sivil melainkan arahan dikeluarkan pihak Kabinet atau Peguam Negara. Ikuti laporan yang disediakan wartawan mStar TV, Azlina Mazli.