suria

Satu Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui

JOHOR BAHARU: Satu mayat mangsa bot karam di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada Sabtu lalu, ditemukan tengah hari tadi menjadikan angka korban setakat ini 15 orang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata mayat lelaki itu ditemukan nelayan di perairan Laut Batu Berlubang, Bandar Penawar, kira-kira 11 kilometer dari tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang ditemukan lemas setakat hari ini selepas empat hari kejadian ialah lapan lelaki dewasa, enam wanita dan seorang bayi perempuan.

Kejadian berlaku apabila sebuah bot pancung yang membawa 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia karam akibat dipukul ombak ketika dalam perjalanan menuju Batam, Indonesia.

Seramai 34 orang lagi penumpang bot terselamat.


Artikel Berikut

iM4U Lantik 10 Duta Baharu

Artikel Lain