TABUNG Haji tidak bercadang untuk menjual tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memandangkan ia berpotensi memiliki lonjakkan nilai tambahan yang tinggi dalam tempoh jangka masa panjang. Malah, pihaknya juga sedang merangka beberapa pelan perancangan pembangunan yang bakal dilaksanakan di tanah tersebut. Ikuti laporan yang disediakan wartawan mStar TV, Azlina Mazli dan jurukamera, Nashri