suria

Bas Persiaran Dari Cameron Highlands Terbabas

Sebuah bas persiaran membawa pelancong asing terbabas dan terbalik di KM 19, Jalan Cameron HIghlands-Simpang Pulai menghala ke Ipoh pada Selasa. Foto Bernama

IPOH: Sebuah bas persiaran yang membawa 27 pelancong asing dan seorang rakyat tempatan terbabas dan terbalik di di KM 19, Jalan Keramat Pulai di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kumpulan itu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands semasa insiden berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi Selasa.

"Siasatan awal menunjukkan pemandu bas berusia 58 tahun itu hilang kawalan semasa melalui satu selekoh menyebabkan bas terbalik.

"Bas itu melalui laluan bertentangan sebelum terbabas di longkang tepi jalan," katanya.

Pelancong yang menaiki bas itu dari Perancis, New Zealand, Hong Kong, Australia, Amerika Syarikat, Belanda, Romania, Kanada, Mexico, Jerman dan United Kingdom. 

Kebanyakan mereka mengalami cedera ringan.

Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Artikel Lain