suria

Ikea Malaysia Tarik Balik Enam Lagi Jenis Coklat

KUALA LUMPUR: Ikea Malaysia menarik balik enam lagi jenis coklatnya, selepas mendapati kandungan kacang hazel dan badamnya tidak diisytiharkan dengan jelas pada label produk.

Ikea Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata penarikan itu susulan pihaknya khuatir pelanggan yang alah kepada kacang hazel dan badam mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk berkenaan.

"Bagi mengutamakan keselamatan pelanggan pihak kami menarik balik produk melibatkan semua Tarikh Terbaik Sebelum (BBD) bagi Choklad Ljus UTZ 100g, Choklad Not utz 100g, Choklad Lingon & Blabar 180g, Godis Chokladran 168g, Godis Chokladkrokant 450g serta Chokladkrokant Bredbar 400g," kata kenyataan itu, Jumaat.

Pada Jun lalu, dua jenis bar coklat IKEA iaitu iaitu Choklad Mork 60 peratus dan Choklad Mork 70 peratus, turut ditarik balik selepas mendapati kandungan susu dan kacang hazelnya tidak diisytiharkan dengan jelas.

Pada masa sama, Ikea Malaysia menyarankan agar pelanggan yang alah kepada kacang hazel dan badam adalah dialu-alukan untuk memulangkan semula produk-produk yang terlibat di Pasar Makanan Sweden, di gedung-gedung Ikea untuk bayaran balik sepenuhnya.

"Kami memohon maaf bagi sebarang ketidak selesaan yang timbul," katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan Ikea pada talian 03-7952 7575. -Bernama

Ikea Malaysia, Enam Jenis Coklat

Artikel Lain