Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Mazlan Saari berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 11.24 pagi.
"Difahamkan, terdapat beberapa pekerja pembinaan sedang menjalankan pengubahsuaian namun telah berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.
"Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian juga telah menjalankan pemantauan dan tiada mangsa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Seramai lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian, katanya.