suria

Muhyiddin Sertai Jelajah PKR Manfaatkan Pembangkang - Azmin

Azmin Ali.

SHAH ALAM: Langkah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai jelajah PKR di seluruh negara bagi memberi penjelasan mengenai kontroversi berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan perkembangan baik buat Pembangkang, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"Kita sedang memperluaskan pangkalan kita dengan mengambil pendirian awal untuk menjadi inklusif dalam pendekatan kita.

"Adalah menjadi tugas kita sebagai pemimpin politik dalam PKR, Pakatan Harapan dan masyarakat umum termasuk pasukan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama bagi membentuk sebuah pasukan yang hebat untuk menerangkan isu-isu kepada rakyat dengan cara lebih mudah, terutama di kawasan luar bandar," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, bergantung kepada Muhyiddin sekiranya beliau mahu menyertai mana-mana parti.

"Apa yang lebih penting adalah kita bekerjasama dengan semua parti, individu dan masyarakat umum bahawa kita komited dalam agenda reformasi.

"Tidak kira sama ada beliau (Muhyiddin) tidak bukan milik mana-mana parti buat masa ini," tambah Azmin.

1MDB, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin

Artikel Lain