"Beliau mesti menyertai Pakatan terlebih dahulu. Bagi kami, beliau mungkin menjadi pilihan Pakatan," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Spekulasi itu timbul selepas bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata Muhyiddin mempunyai potensi untuk dilantik sebagai calon perdana menteri bagi pihak pembangkang apabila beliau dijangka menerajui kepimpinan parti baharu yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Guan Eng bagaimanapun berkata beliau tidak boleh membuat keputusan mengenai pencalonan Muhyiddin.
"Saya tidak mahu memberi pandangan saya, sehingga ada sesuatu yang pasti daripada Muhyiddin.
"Ini hanyalah spekulasi semata-mata pada masa ini.
"Kita tunggu sehingga ada sesuatu yang pasti," katanya selepas melancarkan kempen derma darah di Air Itam, Ahad.
Guan Eng berkata memandangkan Muhyiddin menyatakan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kekal sebagai ketua pembangkang, maka tidak akan ada sebarang perubahan pada masa sekarang.