suria

Pembatalan PRN Pulau Pinang Keputusan Terbaik - Ahmad Yakob

Ahmad Yakob.

KOTA BARU: Keputusan DAP untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) di Pulau Pinang adalah satu keputusan terbaik, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata keputusan untuk mengadakan PRN bukan perkara mudah yang boleh dibuat tanpa penilaian yang sewajarnya.

"Itulah kita dalam hal ini jangan terburu-buru kerana PRN bukan satu perkara yang boleh kita buat untuk sesuatu tujuan tertentu.

"Lagi pun PRN memerlukan bajet yang besar dan boleh dikatakan akan menyusahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hadis Nabawi 2016 peringkat kebangsaan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, Isnin.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Ahad berkata DAP tidak akan meneruskan cadangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi mengadakan pilihan raya mengejut susulan sekutunya PKR tidak bersetuju.- BERNAMA

PRN Pulau Pinang, PKR, DAP, Ahmad Yakob

Artikel Lain