suria

BN Mampu Menang Besar Pada PRU-14

Nancy Shukri
KUCHING: Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan lebih besar pada pilihan raya parlimen datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

"Sekiranya BN boleh mencapai kemenangan dengan majoriti besar pada pilihan raya negeri Sarawak lepas, maka kita perlu dapat mengulanginya pada pilihan raya parlimen akan datang," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pada pilihan raya parlimen akan datang, sukar bagi BN merampas kembali kerusi yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lepas sekiranya para pemimpin BN tidak dapat menawan kembali keyakinan orang ramai kerana kegagalan untuk sentiasa mendekatkan diri dengan mereka.

"Ahli politik perlu ingat bahawa turun berjumpa rakyat adalah sangat penting, walaupun kini terdapat media sosial untuk berkomunikasi antara satu sama lain," katanya pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri kawasan Batu Kitang dan Batu Kawah di RPR Batu Kawa di sini.

Beliau berkata ahli politik perlu menganggap media sosial sebagai pendekatan kedua dan memilih pendekatan utama iaitu bertemu orang ramai secara langsung serta merayu sokongan mereka.

"Jika kita tidak turun padang untuk berjumpa mereka, mereka tidak akan tahu apa yang boleh kita lakukan untuk mereka dan selain itu, sebagai pemimpin atau ahli politik, kita perlu tahu apa yang diperlukan oleh rakyat.

"Maka, perjumpaan secara bersemuka dengan masyarakat adalah suatu kemestian," katanya.
Nancy Shukri, PRU-14

Artikel Lain