SATU tan gading gajah bernilai lebih RM10 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hujung bulan lalu. Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata gading tersebut ditemui anggota penguatkuasa dalam operasi pemeriksaan di gudang kargo udara, zon bebas KLIA pada 21 Julai. Ikuti laporan mStar TV.