Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak mempunyai masalah untuk membantu kumpulan itu dalam hal-hal keselamatan.
"Apa yang mereka perlu lakukan adalah mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman dan kami akan menyokong mereka dengan senang hati," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Rabu.
Pada 25 Julai, dilaporkan bahawa kumpulan itu tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan jika ia bertujuan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Rancangan mengadakan perhimpunan Bersih 5 muncul selepas Jabatan Kehakiman AS menuntut untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4.06 bilion) yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB.