suria

Zaid Tidak Sertai Bersatu

Zaid Ibrahim.

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau tidak akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu ditubuhkan.

"Tidak, saya tidak akan menyertai parti baharu itu. Pada pendapat saya, orang Melayu adalah liberal, progresif, bersopan santun, tinggi nilai moral dan yakin," tulisnya di laman Twitter pada Selasa.

Bekas menteri undang-undang itu berkata tidak ada keperluan untuk mempertahankan hak-hak orang-orang Melayu atau untuk bersatu seperti Umno tetapi sebaliknya perlu mengingatkan dunia luas yang mereka duduki.

"Bukan orang Melayu yang memerlukan Umno tetapi Umno memerlukan orang Melayu," katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan bagi mendaftarkan parti politik baharu yang dikenali sebagai Bersatu pada petang Selasa.

Muhyiddin tiba di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) di sini pada pukul 3.12 petang bagi menyerahkan dokumen berkenaan, dan keluar dari pejabat RoS hampir sejam kemudian.

Muhyiddin berkata, Bersatu merupakan parti yang memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama secara adil dan saksama.

Katanya, ia termasuk melakukan reformasi institusi secara menyeluruh untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, amanah dan berintegriti.

Terdahulu, Zaid mengalu-alukan pembentukan parti baharu itu dengan berkata sebuah parti politik boleh ditubuhkan berdasarkan kumpulan etnik selagi ia tidak bersifat perkauman, berfikiran sempit dan melampaui batas.

Zaid Ibrahim, Bersatu

Artikel Lain